Monday, June 15, 2009



Antara sukan extreme yang digemari oleh para belia sekarang seperti mendaki tembok tiruan. Tembok tiruan perlulah diwujudkan di setiap daerah dalam sesebuah negeri. Perlu diadakan pertandingan dari peringkat sekolah acara-acara sukan extreme....


Aktiviti masa lapang yang dapat membina kekuatan minda dan fizikal.... Permainan Pin-ball antara sukan yang digemari oleh belia-belia masa kini. Ia perlulah diperbanyakan pertandingannya bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini.


Sesi bergambar kenangan semasa menghadiri kursus keselamatan di NIOSH Bangi, Selangor. Banyak informasi berguna yang telah diperolehi semasa mengikuti kursus ini. Dapat membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada belia-belia di Institut nanti.


Belia-belia yang mengikuti kursus Elektronik Industri sesi 02/2005 yang telah menamatkan pengajian mereka. Syabas kepada mereka semoga dapat membantu didalam kekurangan tenaga separuh mahir negara bagi pembangunan ekonomi negara....


Perlawanan persahabatan diantara pasukan aku dengan staff SIRIM Shah Alam dimana keputusan pertandingan adalah seri...

Friday, June 12, 2009



Program lawatan ke home stay di selangor seramai 45 peserta telah berjalan dengan lancar. Di sini kami telah di hidangkan dengan makanan ala kampung, muzik ghazal, pameran gubahan daripada bunga hidup dan melawat ke kilang memproses kerepek ubi. Saya berasa bangga kerana kampung tersebut telah terpilih sebagai Johan pertandingan kampung tercantik peringkat kebangsaan. Setiap penghuni dikampung ini juga ada mengusahakan perniagaan sendiri. Kenangan yang tak dapat dilupakan kerana kemesraan penduduk dikampung ini masih dapat dirasakan dengan kerjasama penduduk-penduduk yang sangat baik. Tahniah kepada penduduk-penduduk kampung kerana kesepakatan yang ada dalam setiap pengghuninya telah menjadikan kampung mereka sebagai antara kampung terindah di negara kita.

Thursday, June 11, 2009

Program Sambutan Maulidur rasul peringkat Institut... meriah.





Program Sambutan Maulidur rasul peringkat Institut... meriah.

Semua pelajar dan kakitangan bersama-sama menghayati hari yang penuh sejarah dimana seluruh dunia menyambut ulangtahun kelahiran baginda nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga tak terlepas kepada belia-belia yang menuntut di Institut ini sama-sama memeriahkan hari sambutan tersebut. Seramai 10 Kontigen mengambil bahagian dalam pertandingan perbarisan /perarakan dan juga ada diadakan pertandingan slogan @ sepanduk terbaik.

Program Jangka pendek kategori Penjaga Jentera Elektrik A1

Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah, Melaka juga ada menawarkan kursus -kursus jangka pendek kepada belia-belia yang ingin menceburi bidang kejuruteraan elektrik. Dimana kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus pendawaian PW2, PW4, Chargeman A0, Chargeman A1 dan akan datang chargeman A4. Gambar kenangan bersama kumpulan pelajar janka pendek kursus chargeman A1 sesi 1/2008. Tahniah kepada mereka kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga berjaya dalam bidang perniagaan sebagai kontraktor elektrik bagi menyahut seruan kerajaan untuk melihat ramai usahawan-usahawan dikalangan golongan bumiputra dalam bidang ini. Kepada belia-belia luar yang ingin mengikuti program jangka pendek ini bolehlah menghubungi Institut Kemahiran Belia Negara Alor gajah di talian 06-3851150/1272/1219.

Litar Go-Kart MIMC di Air Keroh Melaka.(Masa tebaik saya lakukan)


Kenangan keputusan masa terpantas semasa perasmian Litar go-kart di Air Keroh.

Litar Go-Kart MIMC di Air Keroh Melaka.

Litar Go-Kart MIMC di Air Keroh Melaka.

Sempena Perasmian Litar Go-Kart di Air Keroh, Melaka baru-baru ini. Golongan Belia di Negeri Melaka seharusnya merebut peluang yang telah disediakan dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada bagi aktiviti riadah dan lebih berfaedah. Ini dapat mengurangkan aktiviti belia-belia bermotor merempit di jalan raya lebih baik sahut cabaran di atas litar go-kart yang terpanjang di Asia sebagai tempat untuk mencungkil bakat. Sempena perasmiaan litar ini seramai 32 pasukan telah mengambil bahagian di dalam perlumbaan go-kart. Dimana ianya terdiri daripada agensi kerajaan dan jeperun di dalam negeri Melaka. Saya antara belia yang menyahut cabaran tersebut dimana mewakili team jeperun Kuala Linggi dimana pasukan kami telah membuat catatan terpantas kategori perseorangan dalam perlumbaan akhir yang disaksikan sendiri oleh YB Datuk Ali Rustam. Keputusan sebenar jeperun Kuala Linggi telah mendapat tempat ke 3 perlumbaan dimana di pusingan 2 kereta go-kart yang dibawa oleh saya terbabas. Tanpa rasa mudah putus asa saya yang ketinggalan di tempat ke 9 cuba buat yang terbaik akhirnya 3rd place perseorangan milik saya sempena Perasmian Litar ini. Ini satu kenangan yang tak dapat saya lupakan dimana selama ini impian masa zaman kecil dulu ada berangan untuk menjadi perlumba profesional tapi sekarang hanya sebagai hobi masa lapang saja. Oleh itu bagi belia-belia yang ada bakat dalam sukan permotoran jangan lepaskan peluang ini... Semoga berjaya.

Majlis Perundingan Belia

Majlis Perundingan Belia daerah Alor Gajah telah diadakan di PNK di Nelayan Kuala Sungai Baru awal Mei 2009 bagi membincangkan masalah-masalah dan cara untuk mengatasi yang melibatkan golongan belia di daerah Alor Gajah, Melaka. Semua wakil-wakil dari Jabatan Kerajaan dan NGO telah hadir bagi membincang masalah dan kaedah yang dapat menarik minat golongan belia agar dapat menyertai persatuan-persatuan belia dan mengikuti program-program yang akan dilaksanakan kelak. Kebanyakan belia sekarang tidak berminat dalam berpersatuan, jadi ini tugas yang telah diamanahkan untuk menjadikan belia-belia di daerah Alor Gajah tidak terjebak dengan gejala sosial yang melanda di negara sekarang ini seperti merempit, meragut, melepak dll. Harapan pemimpin negara untuk melihat belia-belia ini menjadi pelapis kepada kepimpinan negara sekarang akan tercapai demi negara Malaysia Tercinta.

Program Reakreasi Mendaki Gunung Datoh, Tampin

Seramai 65 belia telah mengikuti program mendaki gunung datoh di Tampin Negeri Sembilan. Program ni bertujuan adalah untuk memberi keyakinan dan sikap percaya pada diri sendiri di mana belia-belia ini telah memberikan komitmen yang amat baik untuk diteruskan pada masa-masa akan datang. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menggelakkan belia daripada melakukkan aktiviti yang kurang sihat. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam.

Belia lelaki ramai menceburi bidang Hospitality

Sempena Pertandingan kemahiran dan Inovasi peringkat Institut kemahiran Belia Negara Semalaysia yang diadakan di IKBN Seri Iskandar, Perak. Institut kami juga telah memberi galakan dan pendedahan kepada belia-belia yang mengikuti kursus ini membuat pertunjukkan jenis-jenis masakan terdiri dari jurusan pastri, penyediaan makanan dan F&B. Dimana belia-belia lepasan spm yang berminat boleh melayari web site:www.kbs.gov.my

Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam


Program Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam telah diadakan di Batang kali, Selangor. Peserta terdiri daripada belia-belia bangsa seramai 85 orang peserta. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersihkan sampah sarap di sekitar sungai, mempelajari kehidupan kelawar @ spesis-spesisnya yang diancam kepupusan, jalan malam, aktiviti tracking, team work dan pertandingan kebersihan khemah.

Program Cintai Alam Semulajadi


Lawatan Sambil Belajar di Janakuasa Port Dickson

Seramai 44 orang belia yang mengikuti kursus bidang elektrik telah dibawa melawat ke Janakuasa TNB Port Dickson. Di sini belia-belia ini akan diberikan pendedahan bagaimana punca tenaga elektrik di negara malaysia ini dikeluarkan atau dengan kata lainnya dijanakan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Stesen Janakuasa TNB Port Dickson dimana telah memberikan penerangan dan operasi stesen Janakuasa kepada belia-belia yang telah hadir. Semoga dengan pendedahan yang diberikan dapat menambah lagi pengetahuan dan lebih memahami apa yang dipelajari di Institut.