Friday, May 14, 2010

Pertandingan Bowling MGBM 2010


Pasukan Bowling dari Pasukan Bantuan Sukarela Unit 63 telah mewakili Bulan Sabit Merah Negeri Melaka pada kejohanan merebut Piala Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka. YB Datuk Ir Idris Haron telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan memotong kek hari jadinya yg ke 44 tahun semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta terus memberi khidmat kepada pembangunan negara. Bagi belia di Melaka kami terus akan memberi sokongan padu kepada para pemimpin dalam usaha pembangunan negara. Tahniah dan syabas kepada MGBM kerana telah menjayakan program ini dimana dapat meyatukan semua gabungan belia di negeri Melaka.

Monday, June 15, 2009



Antara sukan extreme yang digemari oleh para belia sekarang seperti mendaki tembok tiruan. Tembok tiruan perlulah diwujudkan di setiap daerah dalam sesebuah negeri. Perlu diadakan pertandingan dari peringkat sekolah acara-acara sukan extreme....


Aktiviti masa lapang yang dapat membina kekuatan minda dan fizikal.... Permainan Pin-ball antara sukan yang digemari oleh belia-belia masa kini. Ia perlulah diperbanyakan pertandingannya bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini.


Sesi bergambar kenangan semasa menghadiri kursus keselamatan di NIOSH Bangi, Selangor. Banyak informasi berguna yang telah diperolehi semasa mengikuti kursus ini. Dapat membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada belia-belia di Institut nanti.


Belia-belia yang mengikuti kursus Elektronik Industri sesi 02/2005 yang telah menamatkan pengajian mereka. Syabas kepada mereka semoga dapat membantu didalam kekurangan tenaga separuh mahir negara bagi pembangunan ekonomi negara....


Perlawanan persahabatan diantara pasukan aku dengan staff SIRIM Shah Alam dimana keputusan pertandingan adalah seri...

Friday, June 12, 2009



Program lawatan ke home stay di selangor seramai 45 peserta telah berjalan dengan lancar. Di sini kami telah di hidangkan dengan makanan ala kampung, muzik ghazal, pameran gubahan daripada bunga hidup dan melawat ke kilang memproses kerepek ubi. Saya berasa bangga kerana kampung tersebut telah terpilih sebagai Johan pertandingan kampung tercantik peringkat kebangsaan. Setiap penghuni dikampung ini juga ada mengusahakan perniagaan sendiri. Kenangan yang tak dapat dilupakan kerana kemesraan penduduk dikampung ini masih dapat dirasakan dengan kerjasama penduduk-penduduk yang sangat baik. Tahniah kepada penduduk-penduduk kampung kerana kesepakatan yang ada dalam setiap pengghuninya telah menjadikan kampung mereka sebagai antara kampung terindah di negara kita.